Enam lagi kanak-kanak dilaporkan cedera sewaktu insiden itu, termasuk dua hilang anggota badan manakala seorang lagi berada dalam keadaan kritikal di hospital di barat laut wilayah Faryab.

Kesemua kanak-kanak tersebut berusia antara lima dan 12 tahun.

“Mereka menjumpai bom mortar terbabit dan membawanya berdekatan rumah kami. Mereka tidak tahu apakah benda itu dan cuba membukanya sebelum ia meletup,” kata bapa saudara kepada salah seorang mangsa yang terkorban, Shukrullah. - AFP