Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Otak manusia kawal komputer masa depan

FACEBOOK dalam usaha membangunkan sebuah perisian dan perkakasan
FACEBOOK dalam usaha membangunkan sebuah perisian dan perkakasan bagi membolehkan manusia menyampaikan maklumat secara terus menerusi otak mereka tanpa menaip. - BBC

NEW YORK 20 April - Facebook Inc. merancang untuk membangunkan teknologi yang memboleh­kan manusia mengawal komputer secara terus menggunakan gelombang otak.

Menurut BBC.com, mereka membina sebuah perisian dikenali sebagai silent speech yang membolehkan manusia menaip sebanyak 100 patah perkataan dalam tempoh hanya seminit.

Projek ini yang masih di peringkat awal, memerlukan teknologi terbaharu bagi mengesan gelombang otak tanpa me­lakukan pembedahan.

“Kami bukan bercakap mengenai menyahkod pemikiran rawak anda. Manusia berfikir banyak perkara dan anda memilih untuk berkongsi sesetengah daripada­nya,” kata Ketua Makmal Penyelidikan, Building 8, Regina Dugan.

Selain itu, tambah Facebook, pihaknya bercadang membina perkakasan dan perisian untuk mencapai matlamat tersebut dan telah menyenaraikan penglibatan lebih 60 saintis dan ahli akademik.

Sementara itu, pengasas Facebook, Mark Zuckerberg berkata, otak manusia menghasilkan data mencukupi untuk menonton empat buah filem berdefinisi tinggi secara dalam talian seseminit.

“Cara terbaik menyampaikan maklumat ke seluruh dunia ialah melalui percakapan sahaja. Kami mahu membangunkan sistem yang membenarkan anda menaip terus menerusi otak sebanyak lima kali lebih cepat daripada keupayaan manusia menekan papan kekunci pada telefon pintar hari ini.

“Teknologi akan menjadi lebih maju sebelum kita dapat berkongsi pemikiran dan perasaan sebenar kita, tetapi ini adalah langkah pertama,” ujar Zuckerberg.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain