Bekerja sebagai tukang sembelih di pusat penyembelihan Tegata beliau tidak lokek dengan senyuman.

Wataknya bersahaja membuatkan ramai pekerja dibawah seliaannya senang mendengar arahan daripada beliau.

“Hari ini (ibadah korban) saya telah menyembelih 270 ekor lembu sebagai amanah yang dipertanggungjawabkan kepada saya," katanya.

Menurut Osman lembu di negara Afrika ini bakanya mungkin sedikit berbeza dengan negara-negara lain kerana ada sesetengah lembu ini mempunyai tanduk besar dan melingkar.

“Saya hampir dirodok dengan seekor lembu satu masa dahulu. Mujur saya dapat mengelak dengan pantas.” ujarnya.

LEMBU baka Tanzania yang mempunyai keunikan tanduk yang besar. - UTUSAN ONLINE
 

Kemahiran, konsistensi dan kesabaran diperlukan sebagai langkah awal jika anda ingin menjadi salah seorang tukang sembelih jelasnya mengakhiri perbualan dengan penulis. - UTUSAN ONLINE