Ketua Agensi Pelrindungan Sumber Alam di tengah Kalimantan, Adib Gunawan berkata, kematian orang utan tersebut mengejutkan banyak pihak dan disifatkan sebagai kematian luar biasa.

“Kami menemukan bangkai orang utan berkenaan terapung di sungai dan dipercayai sudah mati sejak dua hari yang lalu.

“Kami juga menemukan banyak kesan tikaman menggunakan objek tajam pada badan haiwan tersebut dan kami akan menjalankan siasatan untuk mencari punca serta pihak yang bertanggungjawab,” katanya. – REUTERS