WASHINGTON 10 Jan. - Ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) memberi amaran bahawa krisis shutdown atau penutupan separa agensi-agensi kerajaan yang berterusan akan mengancam keupayaan siasatan jenayah disamping mengekalkan kakitangan.
Persatuan Ejen FBI (FBIA) dalam kenyataan berkata, ejen khas masih meneruskan kerja bagi rakyat Amerika Syarikat tanpa dibayar malah kepimpinan FBI sedang membuat apa yang mampu bagi menyalurkan dana dalam operasi meskipun sumber terhad. - AFP