Lapor Kyodo News, kafe ter­ba­bit akan dibuka pada Isnin hingga Jumaat dari 26 November hingga 7 Disember.

Kafe itu akan menggunakan robot model OriHime-D, dikawal oleh golongan OKU yang menghidap amyotrophic lateral sclerosis (ALS), sejenis penyakit neuron motor yang menyerang saraf pengawal pergerakan.

Robot tersebut yang mempunyai ketinggian 1.2 meter dan seberat 20 kilogram akan menghantar rakaman video serta audio menerusi internet, membolehkannya dikawal secara terus dari rumah dengan menggunakan tablet dan komputer.

Ketika acara pengenalan Ori­Hime-D pada Ogos lalu, robot yang dikawal oleh pesakit autophagic vacuolar myopathy ia­itu Nozomi Murata, berta­nyakan kepada sebuah keluarga mengenai menu makanan.

“Saya mahu membina sebuah dunia untuk golongan yang tidak boleh menggerakkan tubuh badannya supaya bo­­leh bekerja,” kata Ketua Pe­gawai Eksekutif Ory Lab Inc., Kentaro Yoshifuji.

Yoshifuji mengalami penya­kit yang disebabkan oleh te­­kanan semasa kanak-kanak dan mengalami kesukaran ber­komunikasi.

Ekoran pengalamannya pernah disisihkan, dia mula membangunkan robot di Universiti Waseda untuk membantu meng­hubungkan orang ramai.

Ory Lab Inc. berhasrat untuk menubuhkan sebuah kafe yang kekal menampilkan robot OriHime dan meningkatkan penggunaannya oleh syarikat-syarikat menjelang Sukan Olimpik Tokyo dan Paralimpik 2020.