Pakar ekonomi Myanmar, Aung Tun Thet berkata, kawasan perkampungan Rohingya dirobohkan bagi membolehkan tentera negara ini membangunkan kediaman baharu untuk etnik tersebut.

“Myanmar tidak mempunyai sebarang niat untuk menghapuskan bukti mengenai kewujudan Rohingya dan apa yang kami lakukan adalah untuk membina kediaman baharu yang lebih selesa,” katanya.

Pada minggu lalu, Human Rights Watvh yang berpangkalan di New York mendedahkan beberapa imej satelit yang menunjukkan pasukan tentera Myanmar merobohkan kira-kira 55 kediaman.

Kumpulan pemantau itu menyatakan bahawa tindakan itu dilakukan Myanmar untuk menghapuskan bukti-bukti kewujudan etnik Rohingya di Rakhine. – REUTERS