TUNIS 17 Jan. - Perkhidmatan kereta api, bas dan trafik udara terhenti berikutan protes jalanan oleh Kesatuan Buruh Awam Tunisia (UGTT) menarik ribuan orang di seluruh negara hari ini.
Protes terbesar itu dibuat sebagai cabaran kepada penolakan kerajaan bagi kenaikan gaji 670,000 kakitangan awam.
Pemimpin UGTT, Nourredine Taboubi berkata, kerajaan telah memilih untuk konfrantasi dengan kakitangan awam dan pihaknya sudah bersedia.
“Kami akan kaji mengenai langkah berikutnya pada Sabtu nanti disamping meningkatkan tindakan tanpa mengundur ke belakang,” katanya. - REUTERS