India Times melaporkan, doktor tersebut telah mendapatkan pendaftaran daripada majlis itu menggunakan ijazah dipero­leh daripada sebuah kolej perubatan yang sama, dalam ‘kumpulan pelajar pada tahun yang sama’.

Selepas mendapatkan kesahihan perkara tersebut, MMC bukan sahaja membatalkan lesen ‘doktor palsu’ berkenaan tetapi memfailkan Laporan Maklumat Pertama (FIR) terhadap mereka pada Oktober tahun lau.

“Apa yang menarik perhatian adalah kesemua doktor palsu itu mengemukakan ijazah dari College of Physicians and Surgeons (CPS) Mumbai bagi graduan pada 2014-2015.

“Sijil itu seakan yang asal maka lesen diluluskan berikutan MMC tidak mempunyai ‘kepakaran’ untuk mengesahkan kesahihan sijil,” jelas jurucakap polis.

Penipuan itu dikesan pertama kali pada 2016 setelah polis daerah Jalgaon menghantar surat kepada CPS untuk mengesahkan sijil yang kemudian didapati palsu di atas nama individu ber­kenaan.

Polis kemudian meminta MMC untuk mengesahkan kesemua sijil penuntut yang mendaftar pada tahun itu hingga mene­mukan permohonan pada 2014 dan 2015 adalah palsu.

Sementara itu polis memberi­tahu, seorang bekas penuntut CPS telah ditahan kerana menjual sijil kolej palsu.

“Dr. Snehal Nyat ditahan menyediakan sijil perubatan palsu dengan menjual 300,000 hingga 500,000 rupee (RM17,150-RM28,584) setiap satu.

“Dia juga memberi jaminan memberikan sijil meskipun pembeli gagal dalam peperiksaan,” katanya.