Menurut pakar pengakji Perlembagaan dari Fakulti Universiti Jember, Bayu Dewi, ada tiga jenis keputusan yang boleh dikeluarkan MK.

“MK boleh memutuskan tiga jenis keputusan iaitu permohonan tidak diterima, permohonan diterima dan permohonan ditolak.

“Permohonan tidak diterima bermaksud terdapat ‘kecacatan’ dalam perbicaraan atau melanggar undang-undang perbicaraan, permohonan diterima pula bererti MK menerima permohonan bahawa terdapat penipuan dalam Pilpres,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Liputan 6.

Sementara itu, kubu Joko Widodo (Jokowi) dan Ma’ruf Amin memaklumkan akan menerima segala keputusan yang ditetapkan oleh MK. - AGENSI