Selepas rundingan selama lima jam dengan Merkel, Horst Seehofer yang juga pemimpin Christian Social Union (CSU) dari Bavaria berkata, beliau akan mengekalkan jawatannya selepas Canselor berjanji akan menyekat kemasukan pelarian.

"Selepas perbincangan intensif antara kedua-dua pihak, kami mencapaI persetujuan tentang bagaimana kamI boleh pada masa hadapan mencegah pelarian di sempadan antara Jerman dan Austria," kata Seehofer. - REUTERS