Field bersemuka dengan aktivis wanita tersebut malah menolaknya ke arah tiang sebelum mencekik leher sambil mengiringnya ke luar dari tempat berkenaan.

Aktivis Greenpeace, Areeba Hamid berkata, dia ‘terkejut melihat rakaman video seorang ahli Parlimen yang juga menteri mengasari pemprotes aman mereka.

Dalam pada itu, Field memberitahu ITV bahawa dia ‘sangat’ menyesal dengan tindakan tersebut dan mendakwa beliau dalam keadaan bingung melihat banyak tetamu terasa terancam ketika pemprotes cuba melepasinya di meja depan.

“Tiada pihak keselamatan hadir dan saya dalam tempoh tidak sampai sesaat jelas bimbang jika dia membawa senjata,” ujarnya.- AFP