Arab News melaporkan, agensi kerajaan itu turut menggerakkan semua jentera untuk melaksanakan rancangan Ramadan dengan menyediakan perkhidmatan terbaik kepada penduduk dan jemaah di Mekah.

Usaha itu termasuk penja­gaan kebersihan awam, perkhid­matan pembuangan sampah yang efisien, kawalan serangga dan pemeriksaan susulan ter­hadap kedai berkaitan kesihatan awam.

Malah, pihak majlis itu juga melakukan pemeriksaan bara­ngan makanan supaya menepati keperluan kesihatan.

Pegawai perbandaran, Mo­hammed Abdullah al-Quwai­mi berkata, pihaknya telah mengguna pakai pelan pelaksa­naan untuk menggiatkan usaha menggembleng tenaga jabatan pusat dan perbandaran mengikut tugas-tugas tertentu.

Jelasnya, sejumlah 11,825 petugas pembersihan dibekal­kan dengan pelbagai peralatan bagi memastikan Mekah berada dalam keadaan baik.

Kerja-kerja pembersihan dan baik pulih turut melibatkan Makam Nabi Ibrahim berhampiran Kaabah.

Dalam perkembangan lain, pihak berkuasa Arab Saudi mengeluarkan amaran cuaca ketika ribut pasir besar-besaran melanda negara.

Angin berkelajuan 31 kilo­meter sejam membadai ibu kota ini menyebabkan gangguan lalu lintas akibat tahap penglihatan rendah.