Bandar mana yang masuk dalam daftar terkotor itu?

Detik.com yang memetik Antara melaporkan, Ketua Pengarah Pengelolaan Sampah, Sisa dan Bahan Beracun Berbahaya, Rosa Vivien Ratnawati mencatat sejumlah bandar terkotor kerana mendapat nilai paling rendah ketika penilaian Program Adipura 2017-2018.

Bagi kategori metropolitan, Medan diumumkan sebagai bandar paling kotor di negara ini manakala Bandar Lampung dan Manado bagi kategori bandar besar.

Untuk kategori bandar sederhana, Sorong, Kupang dan Palu berada di kedudukan teratas manakala bandar kecil adalah Waikabubak di Sumba Barat; Waisai (Raja Ampat); Ruteng (Manggarai), daerah Buol (Sulawesi Tengah) dan Bajawa di daerah Ngada.

“Bandar terkotor mendapat penilaian paling rendah antara bandar-bandar Adipura yang kita nilai. Ada 300 bandar yang dinilai dan itu adalah keputusannya,” jelas Rosa.