Dalam temu bual televisyen terakhirnya bersama editor politik BBC, Laura Kuenssberg, May mengakui 'kecewa' apabila tidak dapat melihat Brexit dilaksanakan.

Namun menurut May, beliau sudah melakukan segala yang termampu dalam tempoh tiga tahun memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.

Tetapi May merasakan beliau boleh menyumbang lebih banyak lagi tenaga dan usaha sekiranya masih diberi peluang menjawat jawatan terpenting Britain itu. - AGENSI