Surat itu juga menandakan detik pengunduran Britain dalam tempoh dua tahun dan membolehkan rundingan antara London serta Brussels berlangsung kelak.

Presiden EU, Donald Tusk berkata, selepas pihaknya menerima surat dari May, beliau akan menyerahkan panduan draf rundingan kepada 27 anggota EU, berkemungkinan pada awal Mei.

“Kesemuanya telah tersedia. Kami bersedia memulakan rundingan,” kata jurucakap Ketua Pesuruhjaya EU, Jean-Claude Juncker, Margaritis Schinas. - REUTERS/AFP