Dalam kejadian di Pergunungan Alps itu, mangsa yang tidak didedahkan namanya dan ber­asal dari Britain tersebut dipercayai diserang sakit jantung sebelum terjatuh daripada kerusi pengangkutan tersebut.

Daily Mirror melaporkan, pihak polis kini sedang menyia­sat sama ada pemain ski ber­kenaan mengalami serangan jantung sebelum terjatuh daripada lif luncur salji itu.

Perkhidmatan kecemasan menerima panggilan pada pukul 12.20 tengah malam sebelum bergegas ke hentian lif ski, Roc de Tougne bersama enam anggota sebelum ketibaan dua orang doktor.

Namun selepas lebih sete­ngah jam cubaan mereka menyelamatkan lelaki itu, mangsa kemudiannya disahkan telah meninggal dunia.

Siasatan kes dikendalikan pendakwa raya di Albertville bagi mengenal pasti punca kematian serta kronologi kejadian.

Mangsa dilaporkan datang bermain ski bersama seorang wanita yang duduk di sebelah­nya ketika kejadian.

Lif yang mempunyai enam tempat duduk itu dibina syarikat Perancis, Pomagalski pada 2017 dan boleh membawa kira-kira 2,400 penumpang sejam. – AGENSI