Bagaimanapun menurut laporan BBC, filem itu bukan yang pertama menampilkan wanita sebagai pene­raju filem Marvel Studio ketika aktres Brie Larson bakal tampil dalam francais Captain Marvel pada 2019.

Penerbit Avengers Infinity War, Kevin Feige berkata, mereka sedang memfilemkan filem Ms. Marvel.

Jelas beliau, Ms. Marvel merupakan satu karakter lain dalam buku komik Marvel yang diilhamkan daripada Cap­tain Marvel.

“Kami mempunyai rancangan ke arah itu sejak kita memper­kenalkan Captain Marvel kepada dunia,” katanya.

Dalam buku komik Marvel, Ms. Mar­vel digambarkan sebagai seorang remaja Amerika-Pakistan dari New Jersey bernama Kamala Khan.

Namun, masih belum ada lagi keputusan tentang siapa yang akan melakonkan watak Kamala Khan de­ngan aktres Priyanka Chopra di­sebut-sebut bakal mengisi tempat itu.

Aktres itu telah pun me­nyum­bangkan sua­ranya dalam karakter pada permainan video Marvel: Aven­gers Academy.

Malah beberapa peminat aktres itu menyokong Chopra melakonkan watak itu ketika terdapat pendapat yang mencadangkan watak Kamala Khan dipegang rakyat Amerika-Pakistan berbanding India.