Daily Mail melaporkan, Coltrane, yang memegang watak Rubeus Hagrid, manusia gergasi dalam siri filem tersebut, ditemui ketika mempromosikan Hagrid’s Magical Creatures Motorbike Ride di Universal Orlando, Orlando, Amerika Syarikat (AS).

Pelakon berusia 68 tahun itu didapati tidak dapat berjalan ketika berada di St. Pancras Renaissance Hotel dekat sini pada Isnin lalu selepas mengalami ‘kesakitan berterusan selama bertahun-tahun’ di bahagian lutut.

Sumber memberitahu The Sun: “Coltrane sakit selama bertahun-tahun di bahagian lutut. Ini menyebabkannya tidak dapat berjalan dan diberi kerusi roda sementara menunggu untuk menjalani prosedur pembedahan khas di AS.”