Adik ipar mangsa, Yuli memberitahu, Irma Komala sedikit berkelakuan luar biasa dan memohon maaf ketika kali terakhir mereka bertemu.

“Waktu itu, hati dan firasat saya langsung tidak mengatakan sesuatu yang buruk akan berlaku pada kakak ipar saya,” katanya kepada wartawan ketika ditemui di Tanah Perkuburan Desa Pawindan, Kecamatan Ciamis, Senin, di sini hari ini.

Tambah Yuli, 40 hari sebelum terbunuh, mangsa juga ada menyatakan hasratnya untuk menyahaktifkan laman sosial Facebooknya.

“Sebelum terkorban, Irma Komala juga sempat mengemaskini status Whatsapp dengan menghantar gambar makanan,” katanya.

Beliau menambah, salah seorang ahli keluarganya meminta mangsa untuk berhati-hati kerana berlaku letusan Gunung Berapi Anak Krakatau berhampiran kawasan perkhemahan mangsa.

“Apabila kami cuba untuk menghubunginya, telefon Irma (Komala) tidak berbunyi lagi,” ujarnya. -KOMPAS