Jurucakap kerajaan, Sansern Kaewkamnerd berkata, sidang akhbar itu diadakan bagi membolehkan pihak media mencari jawapan terhadap pelbagai persoalan tentang kejadian yang menimpa mangsa.

``Kami mahu mengurangkan tanda tanya pihak media,’’ katanya.

Remaja berkenaan berusia antara 11 tahun sehingga 16 tahun dan jurulatih berusia 25 tahun itu telah dimasukkan ke hospital di bandar Chiang Rai sejak diselamatkan.

Katanya, sidang akhbar itu akan dikawal sepenuhnya ekoran kebimbangan pihak berkuasa terhadap populariti mendadak dan tumpuan media yang boleh menjejaskan kesihatan mental semua mangsa.

Wartawan telah diminta untuk menyerahkan soalan-soalan terlebih dahulu dan akan diteliti oleh pakar psikologi.

Soalan-soalan yang diluluskan akan dikemukakan oleh seorang moderator.

``Persediaan itu dilakukan agar selepas ini kesemua remaja itu boleh menjalani kehidupan seperti biasa,’’ kata Sansern. - Reuters