Pengerusi Majlis Waqf, Sheikh Abdelazeem Salhab berkata, premis itu akan kekal dibuka kepada umat Islam untuk menunaikan solat di sebalik kata dua rejim Zionis yang mahu kawasan terbabit ditutup Isnin ini.

Salhab malah menuntut Israel membenarkan Majlis Waqf mengubahsuai bangunan itu dan menarik balik arahan larangan melibatkan puluhan pegawai badan itu, pengawal keselamatan dan umat Islam daripada memasuki perkarangan kawasan suci tersebut.

Arab News melaporkan, Israel menutup Bab al-Rahma pada 2003 selepas mendakwa premis itu dijadikan pusat kegiatan kumpulan pejuang Palestin. - AGENSI