Portal berita Detik.com melaporkan, Hakim Mahkamah Jakarta Selatan, Ratmono berkata, penahanan yang dibuat oleh polis tidak mengikut lunas undang-undang dan tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran daripada Kementerian Hak Asasi Manusia dan Undang-undang terlebih dahulu.

“Kami mengisytiharkan tindakan merampas oleh polis sebagai tidak mengikut lunas undang-undang dan tidak sah,” katanya semasa perbicaraan kes berkenaan di Jakarta hari ini.

Pada 28 Februari lalu kapal layar berkenaan dikatakan milik ahli perniagaan Malaysia Low TaekJho atau lebih dikenali sebagai Jho Low dirampas sebagai sebahagian daripada penyiasatan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat, yang bermula pada 2016, terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam pada itu Ratmoho berkata, kapal tersebut tidak sepatutnya dirampas kerana pemiliknya tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah oleh mana-mana mahkamah. - UTUSAN ONLINE