Putera Mahkota Naruhito, 59, akan ditabalkan esok dengan membuka era diraja baharu ‘Reiwa’ yang bermaksud kecantikan harmoni.

Proses ritual bermula pagi ini dengan Maharaja akan berpakaian jubah berwarna emas-coklat dan topi hitam tinggi, ‘melaporkan’ penurunan takhtanya kepada nenek moyang dan tuhan pada beberapa ‘sanktuari’ di istana.

Bagaimanapun acara utama akan bermula tepat pukul 5 petang waktu tempatan yang mana Maharaja Akihita, 85, secara rasmi turun takhta pada majlis selama 10 minit dalam ‘Matsu-no-Ma (Bilik Pain). - AFP