Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis pelantikan calon Pre­siden dan calon Naib Presiden terpilih di bangunan Komisi Pemilihan Umum (KPU), Jakarta Pusat, semalam.

“Saya mengajak seluruh rak­yat Indonesia untuk melupakan perbezaan politik yang sempat memecah belahkan kita: nombor dua (Prabowo Subianto-Sandiaga Uno) dan nombor satu (Jokowi-Ma’ruf Amin),” kata Jokowi se­perti dipetik Detik News.

Jokowi turut menekankan kepentingan penyatuan seluruh komponen rakyat negara ini bagi membolehkan pembangunan dapat dijalankan dengan baik.

“Kita perlu bersatu kembali menjadi Indonesia. Dasar Pancasila yang menyatukan kita semua,” kata Jokowi.

Jokowi selain itu mengajak Prabowo dan Sandiaga untuk bersatu dan bersama-sama membangunkan Indonesia.

“Saya yakin beliau berdua adalah pejuang bangsa yang mahu negara kita menjadi semakin kuat, maju dan adil serta makmur,” jelas Jokowi.

Selain itu, Jokowi juga me­ngumumkan akan meneruskan program pembangunan sebelum ini bersama Naib Presiden, Ma’ruf.

Sementara itu, Jokowi turut berharap Prabowo-Sandiaga akan menghadiri majlis pelantikannya sebagai Presiden kelak.

Menurut Jokowi, beliau me­ngakui berbesar hati sekiranya Prabowo dapat hadir pada majlis berkenaan. –AGENSI