Tindakan itu merupakan sebahagian daripada penguatkuasaan program pelepasan kenderaan paling ketat di dunia.

Zon pelepasan ultra-rendah (Ulez) mengenakan caj terhadap sesetengah kenderaan sebanyak AS$16 (RM65.61) untuk memasuki London.

Langkah berkenaan merupakan perancangan Datuk Bandar London, Sadiq Khan untuk mengurangkan pencemaran udara di bandar terbabit.

Mereka yang memandu kenderaan diesel yang berusia lebih empat tahun dan kereta petrol berusia 13 tahun ke atas perlu membayar caj tersebut.

Teksi berwarna hitam dikecualikan daripada caj terbabit.

“Ulez akan membantu membersihkan udara kita dan mengurangkan pelepasan asap daripada kenderaan,” ujar Sadiq. - AFP