Menurut polis, pasangan Republik Czech maut selepas angin kencang menerbangkan caravan dinaiki manakala seorang lelaki Rusia bersama anaknya dihempap pokok tumbang.

Katanya, seorang lagi mangsa melibatkan wanita dari Romania yang terbunuh selepas terkena serpihan bangunan.

Televisyen awam menyatakan kemungkinan terdapat seorang lagi mangsa ribut itu yang melanda wilayah Khalkidiki berhampiran bandar Thessaloniki. - AFP