Dalam kejadian itu, seorang lelaki tidak dikenali didakwa melepaskan tembakan ke arah jemaah di dalam gereja di pekan Kizlyar yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri, suspek menggunakan senapang memburu untuk menembak jemaah di dalam gereja berkenaan.

Empat wanita meninggal dunia di tempat kejadian manakala mangsa kelima meninggal di hospital akibat cedera parah.

Dua anggota polis Rusia turut cedera dalam insiden tersebut. - AFP