Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Lima cedera dinding kilang runtuh

KEADAAN sebuah kilang di Bukit Batok, Singapura selepas berlakunya
KEADAAN sebuah kilang di Bukit Batok, Singapura selepas berlakunya runtuhan yang dipercayai berpunca daripada satu letupan. -GAMBAR/THE STRAITS TIMES/KEVIN LIM

SINGAPURA 11 Sept. - Lima pekerja cedera apabila sebahagian daripada dinding sebuah kilang dilaporkan runtuh di Bukit Batok, hari ini.

Pasukan Pertahanan Sivil Singapura (SCDF) dalam satu status yang dimuat naik ke dalam akaun Facebook berkata, kemalangan industri itu berlaku kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Kesemua mangsa yang cedera kemudian dikejarkan ke hospital sebaik sahaja diselamatkan, lapor The Straits Times.

Salah seorang daripada mangsa yang dikatakan luka melecur akibat insiden itu dibawa ke Hospital Besar Singapura manakala selebihnya dibawa ke Hospital Ng Teng Fong.

Difahamkan, runtuhan terbabit berpunca daripada satu letupan. Bagaimanapun, punca sebenar kejadian masih disiasat. - AGENSI

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain