Menurut jurucakap polis Cross River, mangsa maut setelah cuba mengambil petrol yang bocor daripada tangki tersebut namun terbakar lantas menyebabkan letupan.

Katanya, letupan itu berkemungkinan berpunca daripada percikan bekas besi digunakan untuk mengambil petrol yang bocor.

“Saya tidak dapat mengesahkan jumlah kematian namun ianya tinggi,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan, Akpan Imon memberitahu, sekurang-kurangnya 18 maut termasuk wanita dan kanak-kanak yang rentung. - AFP