Inquirer melaporkan, Jurucakap Tentera Wilayah, Kapten Arvin Encinas berkata, letupan tersebut berlaku ketika orang ramai sibuk membeli makanan menjelang tahun baharu sekitar pukul 2 petang tadi.

“Kami sedang menyiasat jenis letupan digunakan dan kumpulan yang bertanggungjawab,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis bandar itu, Superintendan Kanan Molly Octavio mengesahkan kejadian itu berkata, sebelum letupan berlaku pihaknya menerima laporan ancaman keganasan.

“Ketika ini, kita sudah mempunyai saksi dan berharap dapat menangkap suspek,” jelasnya.

Selain itu, sebuah bom buatan sendiri mengandungi serbuk hitam dengan bahan kimia tidak dikenali yang mengeluarkan bau busuk telah ditemukan pada kaunter beg di pusat beli-belah berkenaan.