LELAKI tertua di dunia, Masazo Nonaka dari Jepun meninggal dunia hari ini selepas mendapat pengiktirafan Guinness World Record pada April tahun lalu. -AFP

Menurut Guinness World Records, Nonako lahir pada Julai 1905 iaitu hanya beberapa bulan sebelum Albert Einstein mengemukakan teori relativitinya.

Guinness World Records secara rasmi mengiktiraf Nonako sebagai lelaki tertua yang masih hidup selepas kematian Francisco Nunez Olivera dari Sepanyol tahun lalu.

“Kami berasa terkejut dengan kematiannya. Dia kelihatan seperti biasa semalam dan meninggal dunia tanpa mendatangkan masalah kepada kami sekeluarga,” kata cucu perempuannya, Yuko kepada Kyodo News.

Nonaka yang mempunyai lapan adik beradik itu berkahwin pada 1931 dan mempunyai lima anak. -AFP