Kanak-kanak yang cedera di bahagian tangan dan perut kini ditempatkan di hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

Bapa mangsa, Ajay Pal Maurya memberitahu, sebelum kejadian itu, kanak-kanak itu dikatakan ingin tahu sama pistol yang digunakan oleh lelaki itu pistol permainan atau sebaliknya.

“Bagi membuktikannya, lelaki itu memetik picu pistol dan melepaskan tembakan ke arah anak saya,” katanya kepada portal Times of India hari ini. -AGENSI