Lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu berasal dari Britain dipercayai mengalami serangan jantung sebelum terjatuh daripada kerusi pengangkutan tersebut.

Mirror melaporkan pihak polis kini sedang menyiasat sama ada pemain ski berkenaan mengalami serangan jantung sebelum terjatuh daripada kerusi pengangkutan itu.

Perkhidmatan kecemasan menerima panggilan pada pukul 12.20 tengah malam sebelum bergegas ke hentian lif ski, Roc de Tougne bersama enam anggota sebelum ketibaan dua orang doktor.

Lebih setengah jam cubaan resusitasi dijalankan tetapi pelancong dari Britain itu disahkan mati di tempat kejadian. -AGENSI