Lapor Channel News Asia memetik kenyataan bersama oleh polis dan Pihak Berkuasa Imigresen Pusat Pemeriksaan (ICA) sebagai berkata, lelaki tersebut, Erpendi, 21, ditahan bersama-sama seorang remaja berusia 16 tahun.

Kedua-duanya ditemukan di perairan luar East Coast Park pada 10 Februari lalu.

Mereka ditahan di bawah Akta Imigresen.