Lapor detiknews, mayat Wahono, 20, ditemukan tidak bernyawa oleh ibunya, Siti Chamidah, 52, dan bapanya, Kaswani, 56 setelah kedua-dua mereka pulang dari pasar.

Jurucakap polis Pekalongan, Iptu Akrom berkata, ibu dan bapa mangsa memecah masuk rumah yang berkunci dari dalam.

Katanya setelah menemukan mangsa yang terlentang di lantai dapur, Kaswani segera memindahkan Wahnono ke salah sebuah bilik di rumah itu sebelum dikejarkan ke pusat kesihatan masyarakat Sragi.

“Wahnono disahkan meninggal dunia sekitar pukul 6.45 petang setelah diperiksa pegawai perubatan,” katanya.

Akrom menambah, hasil siasatan pihaknya mendapati kesan jerut pada bahagian leher.

“Mangsa meninggal dunia kerana meminum air yang dicampur sabun pencuci dan kemudian bertindak menggantung diri di dapur.

“Tindakannya itu dirakam mangsa dengan menggunakan telefon bimbitnya,” jelasnya.