Organisasi yang berpangkalan di Britain itu mengatakan, seramai 353,935 orang terbunuh sejak krisis tercetus pada 15 Mac 2011.

Konflik berkenaan yang bakal memasuki tahun kelapan pada Khamis ini, dilihat berterusan mengorbankan ramai nyawa termasuklah serangan tentera Syria di wilayah Ghouta Timur berdekatan Damsyik.

Daripada angka tersebut, seramai 106,390 penduduk tempatan termasuk 19,811 kanak-kanak serta 12,513 wanita terbunuh.

Dalam perkembangan berlainan, lebih 1,000 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, perlu dipindahkan dengan segera dari Ghouta Timur bagi tujuan perubatan.

Menurut bilangan yang disediakan hari ini oleh pejabat penyelaras kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, OCHA, daripada jumlah tersebut, lebih 77 kes perlu diberi keutamaan.- AFP