Organisasi untuk Migrasi Antarabangsa (IOM) berkata mereka dimaklumkan oleh ketiga-tiga mangsa yang terselamat bahawa kira-kira 120 orang pendatang berada dalam bot terbabit.

Ini bermakna 117 dilaporkan hilang termasuklah 10 wanita dan bayi berusia 10 bulan.

Terdahulu, Tentera Laut Itali memaklumkan kira-kira 15 lagi masih hilang selepas operasi menyelamat dijalankan di Meditteranean.