“Kami mempunyai maklumat terdapat kira-kira 126 orang terbunuh dalam kejadian letupan di dalam pusat latihan ketenteraan,” kata seorang pegawai kanan di kementerian pertahanan yang enggan namanya disiarkan kepada Reuters.

Al- Jazeera melaporkan seorang pegawai di wilayah Wardak juga mengesahkan jumlah kematian lebih 100 orang namun terdahulu, kerajaan memberitahu 12 terbunuh dalam kejadian berkenaan.

Timbalan Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Nasrat Rahimi berkata, Taliban mengaku bertanggungjawab terhadap serangan menggunakan bom kereta di pintu masuk pangkalan di Maidan Shahr. -AGENSI