Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Lebanon haramkan tayangan Wonder Woman

LEBANON mengharamkan tayangan filem Wonder Women kerana menampilkan
LEBANON mengharamkan tayangan filem Wonder Women kerana menampilkan pelakon dari Israel, Gal Gadot.-REUTERS

LEBANON 1 Jun - Kementerian Dalam Negeri Lebanon mengharamkan tayangan filem Wonder Woman di seluruh pawagam negara ini kerana peranan utamanya yang dimainkan pelakon dari Israel, lapor pegawai keselamatan.

Lebanon menganggap Israel sebagai negara musuh dan Kementerian Ekonomi dan Perdagangannya telah memboikot sebarang transaksi perniagaan melibatkan Israel.

Sumber Kementerian Dalam Negeri berkata, pihaknya telah mengeluarkan perintah mengharamkan filem berkenaan yang dibintangi bekas anggota tentera Israel, Gal Gadot berdasarkan cadangan daripada bahagian Keselamatan Awam.

Pengedar Warner Brothers di rantau itu berkata, filem itu bakal ditayangkan secara rasmi di kebanyakan pawagam utama Beirut malam ini selepas tayangan perdananya semalam selepas tayangan perdananya semalam namun terpaksa membatalkannya beberapa jam lebih awal. - REUTERS

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain