Salah seorang mangsa, Antoine, 23, berkata, waktu mereka tersangkut itu dirasai begitu lama, sejuk dan menakutkan.

“Saya tidak menyangka dapat keluar dengan selamat, ianya begitu traumatik,” katanya.

Antoine, lima remaja dan dua lagi orang dewasa menaiki permainan dikenali sebagai ‘BomberMaxxx’ yang berpusing 360 darjah namun tiba-tiba tersangkut.

Pasukan bomba membuat percubaan beberapa kali bagaimanapun tiada berjaya dengan tangga sepanjang 30 meter.

Kemudian sebuah helikopter dipanggil bagi menyelamatkan seorang mangsa sebelum tengah malam tadi.

Beberapa jam kemudian, sistem tali disiapkan dan berjaya membawa keluar semua mangsa dengan selamat.

Sementara itu, pemiliknya, Alexandre Thinel memberitahu, bahagian baharu permainan itu telah pecah dan tersekat yang tidak pernah berlaku sebelum itu.

“Nasib baik tiada membawa bahaya kepada pelanggan cuma masalah ketika membawa mereka turun,” jelasnya.