Namun pakar memberitahu, cadangan tersebut mampu merevolusikan industri penerbangan selain berperanan dalam mengelak angin lintang serta menjadikan operasi landasan lebih cekap dan selamat.

Menurut laporan Daily Mail, projek ‘landasan tidak berhujung’ itu mencakupi landasan berbentuk bulat dengan pesawat terbang atau mendarat tanpa mengira arah angin.

Agensi berita BBC pula melaporkan, landasan berkenaan membuka kemungkinan ‘menyelamatkan’ kesan alam sekitar kerana membolehkan pesawat mengurangkan pembakaran bahan api.

Pakar pembinaan landasan berkenaan menjelaskan, sistem landasan berbentuk bulat ‘bebas daripada arah angin’ dan bermakna pesawat boleh berlepas atau mendarat dari pelbagai arah.

Penyelidik Pusat Aeroangkasa Netherlands, Hank Hesse­link berkata, projek tersebut mengambil kira tiga senario pendaratan yang berbeza iaitu ketika angin kuat, angin sederhana dan perubahan arah angin.

“Projek berkenaan dibiayai oleh Suruhanjaya Eropah dan ketika ini menggunakan ujian simulasi untuk melihat keberkesanannya,” katanya.