Terbaharu, lahar gunung berapi dirakam menuruni tebing dekat sebuah pusat kitar semula di sini seolah-olah seperti ‘sungai berapi’ ketika fenomena berkenaan masih tidak menunjukkan tanda-tanda akan berakhir.

Laman web, Mail Online memetik satu rakaman video yang menunjukkan tiga ‘air terjun lahar’ yang bergerak perlahan, memusnahkan pagar besi di kawasan itu awal minggu lalu.

Lahar yang merentasi kawasan kebun dan penempatan orang awam membawa asap serta api dengan suhu mencecah 1,093 darjah Celcius.

Gunung Kilauea dilapor meletus secara berterusan selama lebih 31 tahun.

Sebelum ini, muntahan lahar pernah memasuki kawasan Royal Garden dan Kalapana pada tahun 1980-an dan 1990-an.

Antara tahun 1983 dan 1990, aliran lahar telah memusnahkan lebih 180 buah rumah tetapi sejak 2012, tiada kerosakan dilaporkan akibat fenomena semulajadi itu.