Adam Dieng yang mengendalikan isu pencegahan pembunuhan beramai-ramai PBB, berkata, penghantaran pulang etnik itu ke Myanmar akan meningkatkan risiko berlakunya kekejaman terhadap mereka.

``Daripada semua maklumat yang saya peroleh menunjukkan mereka berniat untuk menghapuskan kewujudan etnik ini di utara Rakhine, kemungkinan juga mahu menghancurkan Rohingya,’’ katanya.

Adam Dieng yang baru-baru ini melawat kem pelarian di Bangladesh dan bertemu beberapa pegawai lain mendesak Majlis Keselamatan PBB untuk mendakwa Myanmar atas jenayah antarabangsa yang dilakukannya.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu sehari selepas wakil khas PBB ke Myanmar, Yanghee Lee memberi amaran keganasan yang dilakukan terhadap etnik Rohingya merupakan `ciri penting pembunuhan beramai-ramai’. - AFP