LADY Gaga membatalkan konsert jelajahnya kerana masalah kesihatan. - AFP

Menurut penganjur konsert jelajahnya, Live Nation, penyanyi itu berdepan masalah kesihatan yang memberi kesan kepada keupayaannya untuk menyanyi secara langsung.

Sementara itu, Lady Gaga meluahkan kekecewaannya di media sosial kerana terpaksa menghampakan harapan peminat yang ingin menyaksikan konsertnya itu.

“Pasukan perubatan membantu saya untuk sembuh di rumah,” katanya.

Lady Gaga sebelum ini dijadualkan mengadakan persembahan di Manchester, Zurich, Cologne, Stockholm, Copenhagen, Paris, Berlin dan Rio de Janeiro. - AP