Menterinya, Sheikh Sabah Khaled Al-Sabah berkata, tindakan itu adalah tidak sejajar dengan hubungan kerajaan kedua-dua negara.

``Kami mengutuk kenyataan Presiden Filipina (Rodrigo Duterte) terutama kerana kami telah memaklumkan kepada negara itu di peringkat tertinggi tentang keadaan pekerja Filipina di Kuwait,’’ katanya.

Semalam Manila mengumumkan larangan sepenuhnya pekerja baharu di Kuwait termasuk mereka yang telah memiliki permit tetapi belum berlepas ke negara berkenaan. - AFP

habis