TOBY kini dipelihara tuan baru, Michele di New Hampshire.

Kucing itu terlalu merindui pemiliknya, sekali gus mendorong dia keluar dari rumah pemilik baharunya dan berjalan sejauh kira-kira 12 kilometer (km) untuk pulang ke rumah lamanya.

Namun apa yang berlaku amat menghiris hati apabila pemilik lamanya tidak gembira melihat dia kembali.

Tindakan pemilik lama menyerahkan Toby kepada pemilik baru adalah kerana haiwan itu tidak diperlukan lagi di rumah mereka. Justeru, apabila Toby menapak pulang ke rumah, mereka berasa amat terkejut.

Nampaknya, usaha Toby untuk mencari semula pemiliknya sia-sia kerana tidak dialu-alukan.Disebabkan itu, mereka menghantar Toby ke sebuah pusat perlindungan kucing.

Toby bertuah kerana pusat tersebut menghubungi pusat kebajikan haiwan dan menjelaskan apa sebenarnya telah berlaku.

Pusat perlindungan yang terletak di utara Carolina itu bersetuju dan kemudian berkongsi kisah Toby di laman sosial.

Mereka menulis: “Bila keluarga asal Toby tidak mahu lagi memeliharanya, mereka menyerahkan Toby kepada keluarga lain.

“Namun Toby merindui mereka dan berjalan kaki sejauh 12 km untuk kembali ke rumah asal.

“Apabila Toby sampai, dia patah hati. Keluarga yang dia fikir amat menyayanginya telah meminta kakitangan di situ meminggirkannya.

“Pusat perlindungan yang dikenali SPCA itu meminta izin untuk mencarikan tuan baharu kepada Toby.

Kisah Toby itu dikongsi beribu-ribu netizen di seluruh dunia.

“Kisah ini berakhir dengan penuh gembira dan Toby kini ditempatkan di sebuah rumah baru.

“Seorang wanita, Michele yang menetap di New Hampshire sudi memelihara kuncing tersebut,”. – MIRROR ONLINE

BAGI warga kota yang tinggal di kawasan Lembah Klang, anda tidak perlu pergi jauh untuk menikmati pelancongan berkonsepkan agro kerana di Malaysia Agro

Sekumpulan angsa mati akibat disambar petir.