WASHINGTON 10 Jan. - Ekonomi Amerika Syarikat boleh terjejas berikutan krisis shutdown atau penutupan separa agensi-agensi kerajaannya yang berterusan dalam tempoh lama.
Menurut Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell, bagi krisis shutdown sebelum ini yang singkat tidak memberikan kesan kepada ekonomi secara keseluruhan.
“Bagaimanapun jika kita mempunyai shutdown yang berpanjangan, saya rasa ianya akan ditunjukkan (kesan) dalam data secara jelas,” katanya. -AFP