Jurucakap Kementerian Luar Korea Utara memberitahu, negaranya tidak mempunyai kaitan dengan serangan tersebut dan tuduhan AS itu tidak masuk akal.

"Seperti yang telah kami tegaskan, kami tidak terlibat dengan serangan siber justeru tidak perlu kami memberi penjelasan bagi setiap tuduhan tidak masuk akal yang dibuat oleh AS," katanya.

AS menyalahkan Korea Utara ekoran serangan siber besar-besaran di seluruh dunia pada Mei lalu yang melumpuhkan pengurusan hospital, bank dan banyak syarikat. - REUTERS