Channel News Asia melaporkan, komen yang dikeluarkan Ri Son Gwon, Pengerusi Jawatankuasa Korea Utara untuk Penyatuan Damai di negara tersebut, adalah yang terbaharu dalam kenyataan yang menyaksikan perubahan drastik dalam beberapa bulan lalu selepas ketegangan antara kedua-dua negara itu kelihatan mula reda dengan rancangan pembatalan prgram nuklear dan sebuah sidang kemuncak dijadualkan dengan AS.

Menurut agensi berita KCNA, Ri mengkritik pihak Selatan yang menyertai latihan tersebut selain membenarkan ‘individu’ berkenaan untuk berucap di Perhimpunan Kebangsaannya.